http://headers.blogdesignsbydani.com/JustSoScrappy/Spring Stitches Header.jpg

Monday 31 March 2014

Cinta Express Maya


Peah suka online. Di mana-mana sahaja pasti dia online. Sedang Peah online di biliknya, tiba-tiba:

" Assalamualaikum."

Seorang muslimin menegurnya melalui laman chatnya. Peah terkejut kerana tidak pernah pula ada muslimin menghantar mesej kepadanya. Dia mula terfikir, sekiranya tidak balas, pasti muslimin ni kata dia sombong. Lalu dia pun balas mesej muslimin tersebut.

Lalu bermulalah sesi berkenalan di antara mereka. Daripada berkenalan, mulalah timbul bibit cinta di antara mereka.(Ye ke?)

Pada suatu malam, muslimin yang bernama Senget itu menghanta mesej kepada Peah:

Senget: Peah, ana nak beritahu sesuatu boleh?

Peah: Ok, beritahulah.

Senget: Ana suka dekat enti.

Maka kembanglah separuh mati si Peah mendengar pengakuan Senget. Sukanya tidak terkata. Maka dengan rela hatinya, si Peah pun mengaku bahawa dirinya juga sukakan Senget. Suka bukan kepalang Syaitan apabila melihat kedua anak Adam itu punya masalah hati.

Dari situ, mulalah daripada hanya on9 di FB, mesej di telefon dan seterusnya bercakap melalui telefon. Sungguh tiada lagi kethiqahan yang ada. Ramai juga yang cuba menasihati si Peah, namun responnya agak mudah.

" Suka hatilah, lagipun dia sudah janji untuk kahwin dengan saya. "

Semua mula menjauhi Peah. Peah pula lebih suka bersendirian dengan telefonnya bertemankan pemasalah hatinya.

Tak lama kemudian, ada perubahan yang berlaku pada Senget. Seperti sudah berubah hati membuatkan Peah mula bimbang dengan apa yang bakal terjadi. Dia cuba untuk menghubungi Senget, namun respon Senget sangat menghampakan.

" Ana sibuklah, enti janganlah kacau."

Pada mulanya Peah mampu menerima semua alasannya, rindu bukan kepalang dan sakitnya hati menahan rindu. Lalu dia berdoa:

' Ya Allah, sekiranya ada yang berubah hati, biarlah dirinya kerana aku tidak mahu ditangisi.'

Allah itu Maha Bijaksana. Terbongkarlah rahsia yang sebenarnya bahawa si Senget sebenarnya merupakan tunangan orang. Si Peah hanya mampu tersenyum dalam sendu memikirkan nasib yang ditimpanya. Inilah balasan buat dirinya yang terlalu leka dengan cinta dunia.

Peah mula bersendirian dan menjauhkan diri dengan orang lain. Namun dia bernasib baik kerana Allah mengurniakan dia sahabat-sahabat yang baik. Sahabatlah yang memberi penguat kepadanya. Ibu bapanya juga membantu.

Cinta express maya. Walaupun hanya on9, ia tetap menjadi satu permasalahan di hati yang sangat kronik.



p/s: sekadar perkongsian dan renungan buat kita bersama :) 
-Sumber dari page Pakar Diari Hati-

Thursday 27 March 2014

Mari kita sama-sama luangkan masa 3.34 minit menonton video ini.. ^_^


Mampukah kita menghafaz seperti adik muslimah ini?.. "Bila tak pandai baca Al Quran. Belajar baca. Bila dah belajar baca. Mesti pandai baca. Bila dah pandai baca. Mesti seronok membaca. Bila dah seronok membaca. Terasa bahagia. Tak percaya ? Cuba lah.Segala ketenangan ada didalam Al Quran. Al Quran penawar segala nya ..°°

Kekayaan paling hakiki adalah kekayaan hati




Ketahuilah bahawa kekayan hakiki adalah kekayaan hati iaitu selalu merasa cukup akan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Kekayaan (yg hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yg hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” 
(HR Bukhari-Muslim)


Dalam kata lain sifat ini juga disebut sebagai sifat Qana'ah. Menurut bahasa sifat ini bermaksud merasa cukup. Menurut istilah pula ialah sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT . 



Menurut Hamka, mengenai sifat Qana'ah

1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.

menerima akan segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah akan menimbulkan ketenangan dalam hati.
hal ini kerana, tidak timbul sifat mazmumah seperti dengki terhadap nikmat orang lain.Dengan adanya sifat ini kita tidak akan mengeluh atau menyesal akan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


2. Memohon kepada Allah tambahan yang patut, dan mempertingkatkan usaha.

Sifat ini akan mendorong manusia agar sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah, agar segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil. Sifat ini juga akan membina kebergantungan seseorang hambanya itu terhadap Allah SWT.

Dalam surah Ghafir ayat 60 Allah SWT berfirman

 

Yang bermaksud,

40:60

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

3. Mewujudkan kehidupan sederhana

Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa bersederhana dalam apa jua perkara yang dilakukan. Sifat mahmudah ini akan sentiasa memandu peribadi manusia agar sentiasa bersyukur akan nikmat yang diperolehi. Sifat Qana'ah akan menghindari gaya hidup bermewah-mewah dan berlebih-lebihan, terutamanya dalam perbelanjaan.


4.Menimbulkan kesedaran bahawa setiap rezeki itu anugerah Allah SWT.


Sifat qana'ah akan menumbuhkan sikap bertanggungjawab dalam membelanjakan harta. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa redha akan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Hal ini kerana sifat ini akan sentiasa mendorong insan untuk sentiasa bersangka baik terhadap pemberian Allah, yang sememangnya tahu apa yang terbaik untuk kita.


Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam untuk memiliki sifat Qana'ah agar kehidupan kita di Dunia dan Akhirat dirahmati oleh Allah SWT.


Sumber: Buku Huraian Hadis-hadis Ahkam.

Simple post... :) 'Rezeki'


No 'April Fool's Day' !

Fatwa Dan Hukum Menyambut ‘April Fool’s Day




                                               

Presiden Persatuan Ulama Dunia, Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyebut:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani]. Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
 
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:

Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
 
Sheikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan darurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “darurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Darurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi iaitu ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan.

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari April Fool, mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
 
Sumber: Harian Metro Online dan Blog Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Wednesday 26 March 2014

Dunia hanya sementara..Akhirat yang kekal abadi.




           
                                                 
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Pengukir Kata


Coretan nasihat buat kaum muslimah..

Duhai muslimah..... 
coretan nasihat buat kita semua dengan penuh kasih sayang
Berat untuk diluahkan. 
Tetapi, kenyataan memang memedihkan.
Kata ustaz,
Jika benarlah nak ikut tepat-tepat cara Islam.
Betul-betul nak ikut garis panduan.
Betul-betul nak patuh syariah.
Tidak akan adalah gambar-gambar perempuan letak gambarnya sendiri untuk tontonan di laman sosial.
Mungkin dia baik.
Mungkin dia muslimah.
Mungkin dia tiada perangai.
Tetapi dalam masa yang sama.
Maaf.
Dia juga menjadi agen-agen syaitan.
Membantu merosakkan hati yang memerhati.
Lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati.
Yang menonton gambar-gambarnya.
Yang bertukar-tukar gaya setiap ketika.
"Adakah rela wanita yang punya harga diri menjadi objek bagi lelaki lain yang bukan suaminya, menunaikan nafsu mereka dan berlazat-lazat dengan dirinya dalam apa jua cara? Maka, seorang muslimah yang bermaruah hendaklah berhati-hati."
Kita sudah pun di akhir zaman.
Ustazah pun tidak dapat lagi dijadikan panduan cara berpakaian.
Selebriti artis model hijab pun entah lulus syariah atau tidak gambar dan posternya.
Saya faham, saya faham.
Pasti ramai tak boleh terima,
"Itu tak boleh, ini tak boleh!"
“Apa ni Islam macam ni!”
“Keras gila kot agama Islam!”
“Perempuan je kena, lelaki?!”
Ada hikmah bila teguran itu datang dari agama sendiri.
Tak percaya?
Cubalah seminggu.
Privatekan semua gambar.
Rekod;
- Ada orang ganggu tak?
- Ada lelaki mengurat tak?
- Ada pujian2 liar tak?
- Hati lebih tenang atau tak?
Atau..
Kita sebenarnya tidak boleh hidup tanpa pujian?
Kita sendiri yang inginkan perhatian?
Letak atau tidak,
Semua atas tinggi rendah taqwa.
Taqwa kita di level berapa.
Itulah yang menentukan prinsip dan maruah diri kita...

Sama-samalah kita saling ingat mengingati..
Nasihat ini juga untuk diriku yang masih alpa...

Monday 24 March 2014

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

INGATLAH, WAKTU NYA SUDAH DEKAT

Takziah diucapkan kepada Waris2 Mangsa Nahas MH370. Semoga Allah tempatkan mangsa dikalangan orang2 yang beriman..Sejahtera di alam sana..MATAH Prihatin & Bersimpati  , Sama2 hayati Firman Allah SWT:-
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ * الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
maksudnya: Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa mushibah, mereka mengucapkan:` Innaalillaahi wa innaa ilaihi raajiuun ',(sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). [Surah Al-Baqarah:155-156]
-AL-FATIHAH-
Berlandaskan firman dibawah ini, mari kita renungkan maksud dan tujuan hidup ini, melalui sebuah sarana, yang barangkali dapat mengimbangi gerak langkah hidup kita di dalam mengarungi hiruk-pikuknya bahtera dunia ini.
mudah-mudahan dapat sedikit memotifasi diri kita semua di dalam mendekatkan diri kepada Allah Swt, yaitu melalui sarana “MENGINGAT MATI”.
‎Firman Allah SWT:
Ingatkanlah olehmu, sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (Adzdzaariyaat: 55)
|
Hidup hanyalah tempat persinggahan sementara. Adapun kematian, sesungguhnya merupakan awal kehidupan manusia yang kekal dan abadi. Nabi Saw bersabda:
Aku dan dunia bagaikan seseorang yang tengah mengadakan perjalanan di suatu hari yang panas, lalu berteduh sejenak di bawah rindangnya sebuah pohon, lantas pergi meninggalkan pohon itu untuk melanjutkan kembali perjalanan panjang”. (HR. Ibnu Mâjah dan Ahmad).
Allahpun berfirman:
Kehidupan di dunia ini bagaikan permainan dan senda gurau belaka. Sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apakah kamu tidak berpikir?” (QS.6 Al-Anâm: 32)
Begitu jelas makna hadis dan ayat tadi. Logikanya, kalau kehidupan ini bukanlah tujuan akhir, melainkan hanya persinggahan sementara untuk sebuah perjalanan yang sangat panjang dan melelahkan, maka bekal apakah yang seharusnya kita siapkan untuk sebuah perjalanan yamg maha panjang tersebut?
Di antara hal yang dapat memotivasi diri kita untuk mempersiapkan bekal tersebut dengan sebaik-baiknya adalah memperbanyak mengingat mati. Nabi Saw bersabda:
Perbanyakkanlah mengingati mati, niscaya kalian akan dapat menyepelekan kelezatan dunia”. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Kalaulah kita bersedia untuk selalu mengejar harta, pangkat dan jabatan yang hanya sementara, bahkan belum tentu semua itu dapat kita rasakan, mengapa kita tidak bersedia untuk mempersiapkan diri kita kepada hal yang sudah pasti akan kita rasakan.
Bukankah kenyataan hidup selama ini mengatakan, bahwa umur manusia ada akhirnya ?
Bukankah Allah Swt sudah jelas-jelas berfirman:
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (Ali Imran: 185)
Tidak ada yang bisa menahan dan menghalanginya.
Jika telah datang ajalnya, maka tidak dapat diakhirkan atau dimajukan, walaupun hanya sesaat” (An-Nahl: 61)
|
Suatu hari nabiyullah Yakub As berjumpa dengan malaikat pencabut nyawa, Izrail As. Beliau menginginkan di saat ajalnya sudah mendekat, agar diberitahu terlebih dahulu sebelumnya, sehingga menjadi lebih siap di dalam menghadapi sakaratul maut yang akan dia hadapi.
Oleh karenanya, Nabiyullah Ya’kub meminta malaikat pencabut nyawa, untuk mengirimkan utusannya terlebih dahulu sebelum dicabut nyawanya.
Suatu ketika, di saat malaikat maut datang menjemput Nabi Yakub As untuk mencabut nyawanya, beliau bertanya,
Bukankah dulu pernah aku bilang kepadamu untuk dikirimkan utusan terlebih dahulu sebelum engkau mencabut nyawaku?
Malaikat maut menjawab,
Demi Allah, telah banyak utusanku datang memberi peringatan kepadamu wahai nabiyallah
Dengan agak heran nabi Yakub berkata,
Aku tidak pernah tahu dan tidak pernah mengenalnya?
Malaikat maut pun menjawab,
Bukankah telah datang utusanku berupa sakit, uban, pendengaran berkurang dan penglihatan yang mulai kabur?
|
Abu Dzar meriwayatkan, bahwa Rasulullah Saw pernah bersabda,
Berziarah kuburlah kalian, karena dia dapat mengingatkan kamu kepada akhirat. Mandikanlah orang mati karena mengurus orang mati dapat menjadi peringatan yang cukup mendalam bagimu. Shalatkanlah jenazah karena ia dapat menyedihkan hati kamu
Sedangkan orang yang bersedih karena Allah Swt, berarti dia bersedia untuk melaksanakan amal kebajikan.
|

Sakitnya Sakaratul Maut

Mengenai sakitnya sakaratul maut, ada sebuah kisah yang diriwayat kan oleh Ikrimah dari Ibnu Abbas Ra:
Suatu ketika, pernah Nabi Ibrahim As berdialog dengan Malaikat Maut tentang sakaratulmaut. Khalilullah ini bertanya,
Dapatkah engkau memperlihatkan rupamu kepadaku saat engkau mencabut nyawa manusia yang gemar berbuat dosa?
Malaikat menjawab pendek:  Engkau tidak akan sanggup.
Aku pasti sanggup, tegas nabi Ibrahim.
Baiklah, berpalinglah dariku, pinta si Malaikat. Saat Nabi Ibrahim as berpaling kembali, di hadapannya telah berdiri sesosok makhluk berkulit legam dengan rambut berduri, berbau teramat busuk, dan berpakaian serba hitam.
Dari hidung dan mulutnya tersembur jilatan api. Seketika itu pula Nabi Ibrahim as jatuh pingsan!
Ketika tersadar kembali, beliau pun berkata kepada Malaikat Maut,
Wahai Malaikat Maut, seandainya para pendosa itu hanya diperlihatkan keburukan rupamu saja di saat kematiannya, niscaya itu sudahlah cukup sebagai hukuman atasnya.
Dari beberapa riwayat, selain nabi Ibrahim As, nabi Idris, dan Daud , Nabi Isa as juga pernah dihadapkan pada fenomena penampakan Malaikat Maut.
Kesimpulan dari semua itu, bahwa sakaratulmaut belum seberapa bila dibandingkan dengan sakaratulmaut itu sendiri.
Sakaratul maut adalah sebuah ungkapan untuk menggambarkan rasa sakit yang menyerang inti jiwa manusia dan menjalar ke seluruh bagian tubuh, sehingga tak satu pun bagian badan yang terbebas dari rasa sakit itu.
Malapetaka paling dahsyat di kehidupan paripurna manusia ini, memberi rasa sakit yang berbeda-beda pada setiap orang, tergantung amal dan ibadahnya.
Untuk menggambarkan rasa itu, pernah Rasulullah S.A.W berkata:
Kematian yang paling mudah adalah serupa dengan sebatang duri yang menancap di selembar kain sutera. Lantas Nabi bertanya, apakah duri itu dapat terambil begitu saja tanpa membawa bagian sutera yang koyak?
Pada kesempatan lain Nabi Saw bersabda:
Sakitnya sama dengan tiga ratus tusukan pedang.
|
Diriwayatkan, ketika ruh Nabi Ibrahim as akan dicabut, Allah SWT bertanya kepada Ibrahim:
Bagaimana engkau merasakan kematian wahai khalilullah (khalilullah berarti sahabat Allah)?
Beliau menjawab, Seperti sebuah pengait yang dimasukkan ke dalam gumpalan bulu basah yang kemudian ditarik.
Yang seperti itulah, sudah Kami ringankan atas dirimu, kata Allah Swt.
Rasulullah S.A.W sendiri menjelang akhir hayatnya berucap:
Ya Allah ringankanlah aku dari sakitnya sakaratul maut
berulang hingga tiga kali.
Padahal telah ada jaminan dari Allah SWT bahwa beliau akan masuk surga. Mari kita bandingkan tingkat keimanan dan keshalehan beliau dengan diri kita, yang hanya manusia biasa ini.
|

Proses Sakaratul Maut

Bagaimanakah sebenarnya proses sakaratul maut itu telah berlaku pada manusia?
Dalam hal ini baginda Rasullullah Saw telah memberitahukan kita:
  • Apabila telah sampai ajal seseorang, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil di dalam badannya,
  • lalu mereka menarik rohnya melalui kedua telapak kakinya hingga sampai kelutut.
  • Setelah itu datang sekumpulan malaikat yang lain, masuk untuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut, kemudian mereka pun keluar.
  • Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada, setelah itu mereka pun keluar.
  • Dan akhir sekali, datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong, itulah yang dinamakan dengan saat nazak orang tersebut.
Rasullullah S.A.W. melanjutkan:
Jika orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang kanannya sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Di saat orang yang beriman itu melihat syurga, dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya, akibat kerinduannya yang teramat sangat kepada syurga, dia melihat terus apa yang dilihatnya pada sayap Jibril As.
Adapun, jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail As. akan menebarkan sayap kirinya.
Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya, akibat terlalu takutnya dia melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya kelak.
Ketika ruh manusia telah keluar dari jasadnya, berarti dia telah memasuki alam baru, bukan alam dunia lagi melainkan alam Barzah, alam pemisah antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, menunggu hari perhitungan. Rasulullah Saw bersabda:
Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka kehidupan setelahnya menjadi lebih mudah. Namun, jika ia tidak selamat daripadanya, maka kehidupan setelahnya lebih mengerikan.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasehati para sahabatnya, beliau berkata:
Jika kalian melewati kuburan, lihatlah… betapa sempitnya rumah-rumah mereka sekarang.
  • Tanyakan kepada orang-orang kaya mereka, masih tersisakah harta mereka?
  • Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka?
  • Tanyakan tentang lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?.
  • Tanyakan pula tentang kulit-kulit nan lembut dan wajah-wajah cantik jelita, tubuh-tubuh yang halus-mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di balik kain kafan mereka?
  • Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah cantik jelita itu telah dimakan ulat, anggota badan mereka telah terpisah-pisah berserakan.
  • Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia?
  • Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka?
  • Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi?
  • Di mana kebun-kebun mereka yang rindang dan subur?
  • Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah dan mahal?
  • Di mana kendaraan-kendaraan mewah kesukaan mereka?
  • Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi?
  • Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja?
  • Bukankah mereka berada dalam kegelapan?
  • Mereka telah terputus dengan amal mereka.
Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang sangat mereka cintai, dengan harta yang mereka puja-puja, dengan gaya hidup yang mereka banggakan.
Orang-orang yang mereka cintai tidak mau ikut bersamanya, harta yang mereka tinggalkan malah akan menjadi beban jika digunakan bukan di jalan yang Allah ridhai.
Ketika itu, yang masih bermanfaat hanyalah tiga:
  • shadaqah jariah,
  • ilmu yang bermanfaat, dan
  • anaknya yang shaleh yang mendo’akan dirinya.”
|
Demikianlah nasehat dari Umar bin Abdul Aziz. Muhammad bin Shabih berkata,
Telah sampai berita kepada kami, bahwa manakala seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, tetangga kuburnya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya,
  • Wahai pendatang baru, tidakkah engkau mengambil pelajaran dari kami?
  • Tidakkah engkau merenungkan kematian kami yang mendahuluimu?
  • Bukankah engkau mengetahui bahwa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi waktu?
  • Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperoleh oleh saudara-saudaramu ini?
Relevan dengan firman Allah Swt:
Hingga datanglah kematian kepada salah seorang dari mereka, dia berkata: ya tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal shaleh dari apa yang telah aku tinggalkan (dahulu).
Sekali-kali tidak. Itu hanyalah omongan belaka (yang tidak bermanfaat) dan di hadapan mereka ada dinding pembatas sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 99-100)
|

Sebab-sebab Siksa Kubur

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah rahimahullah ta’ala, bahwa siksa kubur itu ditimpakan karena berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya adalah:
  • 1. Adu domba dan menggunjing.
  • 2. Tidak bersuci (cebok) setelah buang air kecil.
  • 3. Shalat dalam keadaan tidak suci (kotor).
  • 4. Berdusta.
  • 5. Lalai dan malas dalam mengerjakan shalat.
  • 6. Tidak mengeluarkan zakat.
  • 7. Berzina.
  • 8. Mencuri.
  • 9. Berkhianat.
  • 10. Menfitnah sesama umat Islam.
  • 11. Makan riba.
  • 12. Tidak menolong orang yang dizhalimi.
  • 13. Minum khamar (kalau jaman sekarang seperti: minum sempain, ngeplay, ngegele, sabu-sabu, ekstasy dan sejenisnya).
  • 14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki (menyombongkan diri).
  • 15. Membunuh.
  • 16. Mencaci sahabat Nabi.
  • 17. Mati dalam keadaan membawa bid’ah.
|

Yang Menyebabkan Selamat dari Siksa Kubur

Adapun kiat agar kita tidak terkena siksa kubur,
  • Imam Ibnu Qayyim memberitahukan sebagai berikut: sebab-sebab kita di seselamatkan dari siksa kubur adalah dengan menjauhkan berbagai macam maksiat dan dosa.
  • Untuk itu, Ibnu Qayyim menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa saja dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.
  • Setelah itu, ia memperbaharui taubatnya kepada Allah setiap hari, terlebih di saat ia hendak tidur malam.
  • Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat.
  • Jika ia bangun dari tidurnya, ia bersyukur karena ajalnya masih ditangguhkan.
Dengan demikian, ia masih diberi kesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya. Imam Ibnu Qayyim menambahkan,
sebelum tidur, hendaknya pula dia berada dalam keadaan berwudhu, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan dzikir-dzikir yang disunnahkan Nabi saw sampai ia tidur atau tertidur.
Jika seseorang dikehendaki kebaikan oleh Allah, niscaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya. Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa ketaatan yang bisa menyelamatkan kita dari siksa kubur, di antaranya adalah:
  • 1. Rajin beribadah dan taat kepada Allah Swt dengan ikhlas.
  • 2. Mati syahid di jalan-Nya.
  • 3. Membaca surat Al-Mulk.
  • 4. Meninggal karena sakit, dan terakhir:
  • 5. Meninggal dunia pada hari Jum’at.
Mati Tidak Perlu Ditakuti Melainkan Sebagai Motifasi Hidup Betapa pun sakitnya sakaratul maut.
Kematian, semestinya tidak menjadi sesuatu yang perlu ditakuti, tapi sebaliknya harus senantiasa dirindukan.
Jika sesuatu itu begitu dirindukan, logikanya, berarti ingin segera bertemu. Kalau ingin bertemu berarti dia sudah menyiapkan dirinya dengan bekal amal ibadah di dunia ini.
Barangsiapa membenci pertemuan dengan Allah, maka Allah akan benci bertemu dengannya,
demikian sabda Rasulullah Saw.
Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Allah swt, maka dia harus berbuat baik”. (Al Kahfi: 110).
|
Husnul Khotimah, adalah sebuah karunia Allah SWT yang khusus diberikan kepada manusia istimewa. Tidak ada ceritanya dalam hidup ini istilah
Muda foya-foya, tua kaya raya, dan mati masuk surga
Husnul khotimah itu seperti hadiah untuk manusia, atas upaya manusia yang sungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hidup di dunia ini.
Seperti mahasiswa yang belajar mati-matian, lalu lulus dengan predikat summa cum laude.
Jadi kita jangan pernah berpikir bagaimana supaya kita bisa mendapatkan Husnulkhotimah terlebih dulu, tanpa amal nyata.
Kata-kata mati, harusnya mampu kita hadirkan dalam hati kita setiap hari,
Sabda Rasulullah yang menyatakan,
bahwa dengan sering-sering mengingat mati menjadikan seseorang menjadi makhluk yang produktif, cermat, dan selektif, adalah benar adanya.
Ini karena setiap pekerjaan yang dilakukannya dianggap sebagai pekerjaan terakhirnya. Karena maut bisa datang kapan dan di mana saja.
Kalaulah kita selalu mengejar harta, pangkat dan jabatan yang hanya sementara, bahkan apa yang telah kita raih dari harta, pangkat dan jabatan tersebut, hanyalah segelintir saja yang mampu kita rasakan dan nikmati, sebatas yang bisa masuk ke dalam perut dan kebutuhan pribadi kita.
Lalu :
  • Mengapa kita tidak bersedia untuk mempersiapkan diri kita kepada hal yang pasti akan kita rasakan.
  • Mengapa kita tidak bersedia menjadikan harta, pangkat dan jabatan yang telah kita raih, untuk bekal di akhirat kelak?
  • Mengapa kita tidak bersedia menjadikannya sebagai sarana untuk memperoleh ridha Allah Swt?
  • Sedangkan perjalanan akhirat sangatlah panjang dan kekal abadi, sebelum datang penyesalan, karena penyesalan tidak akan mungkin datang lebih dahulu.
Allah Swt berfirman:
Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya. Lari dari Ibu Bapaknya. Lari dari isteri dan anaknya. Pada hari itu, setiap orang sibuk dengan urusannya masing-masing
|
Semoga Allah Swt berkenan untuk menjadikan kita termasuk kepada orang-orang yang tidak kikir di dalam menafkahkan harta, pangkat dan jabatan di jalan Allah Swt.
Karena amal ibadah semacam ini pada hakikatnya adalah
untuk kebahagiaan diri kita sendiri.
|
By: •• Syahirasyieera••

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
SEMOGA BERMANFA’AT  –  ALHAMDULILLAH
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sunday 23 March 2014

Teruskan berhijrah...jangan putus asa..!

sebesar apapun kesalahan kita di masa lalu, kita masih tetap boleh melangkah ke depan.. kita mungkin tak dapat mengubah masa lalu tapi kita dapat mengubah masa depan dengan belajar dari masa lalu.. sebaik atau seburuk apapun masa lalu kita, semua itu tetap sudah berlalu.. terkadang sulit bagi seseorang memaafkan kita kerana apa yang telah kita lakukan di masa lalu.. tak perlu buang masa dgn orang yang memandang kita seperti melihat masa lalu kita.. LUPAKAN mereka dan terus melangkah untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang.. percayalah ALLAH SWT sentiasa di sisi kita.. walau apapun yang terjadi.. tabahkan hati, kuatkan iman.. — feeling good.

Friday 21 March 2014

Layakah aku menjadi bidadari syurga


Aku tidak sesempurna bidadari


Ainul Mardhiah mengerling jam berwarna merah jambu di tangannya. Entah berapa kali dia mundar mandir di situ. Penantiannya seolah olah tidak berkesudahan. Namun, atas rasa rindu dan harapan yang tidak pernah putus, dia menanti di situ.

"Bukankah dia sudah berjanji untuk kembali ke rumah pada hari ini? Tetapi mengapa dia yang dinanti masih tidak muncul?"

Ainul Mardhiah mengerling ke luar tingkap. Kegelapan malam mula memenuhi ruang. Hatinya mula disimbahi rasa pilu. Adakah penantiannya pada tika itu juga masih sia sia?? Ya ALLAH, hanya padaMU hambaMu ini berserah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Aku terima nikahnya, Ainul Mardhiah binti Osman, dengan mas kahwinnya RM45 tunai"

Alhamdulillah, lafaz sakinah antara Ainul Mardiah dan Farhan terjalin atas dasar membina baitul muslim dakwah. Sesungguhnya mereka berdua berjanji bahawa penyatuan cinta mereka hanyalah kerana ALLAH dan segalanya juga kembali kepada ALLAH.

"Ainul Mardhiah, adakah enti sudi menjadi Ainul Mardhiah abang juga di syurga nanti?"

"Setelah lafaz sakinah yang ALLAH izinkan untuk kita berdua, maka dengan rela hati diri ana yang kerdil ini sedia menjadi bidadari mu untuk dunia dan akhirat"

"Adakah Ainul Mardhiah sudi menantiku di syurga?"

"Sudah tentu sekali wahai suamiku yang ku cintai, bukankah asal kisahnya bidadari yang bernama Ainul Mardhiah itu menanti mahar syahidnya suaminya untuk bersatu di syurga nanti"

"Jika begitu, Ainul Mardhiah harus bersabar ke atasku"

"Bersabar?"

"Ainul Mardhiah harus bersabar menantiku, kita akan disatukan di syurga, itulah tempat penyatuan kita"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ainul Mardhiah menghantar pesanan ringkas kepada suaminya Farhan. Rasanya sudah beberapa hari dia dan Farhan tidak bertemu. Farhan terlalu sibuk dengan urusan dakwah dan tarbiyahnya. Perasaan rindu menyelubungi hati dan sanubari Ainul Mardhiah.

1 pesanan baru

Asif, bidadari ku yang bernama Ainul Mardhiah, rasanya kanda tidak akan pulang ke rumah untuk beberapa hari lagi, kanda masih ada urusan yang perlu diselesaikan. Umat ini terlalu merindukan pembaikan. Semoga berjumpa di syurgaNYA.

Menitis air mata Ainul Mardhiah membaca pesanan tersebut. Mengapa dia tidak pernah ada masa untukku? Adakah aku tidak begitu penting dalam hidupnya? Di tahap manakah kedudukan ku dalam dirinya?

Sepanjang usia perkahwinan mereka yang mencecah satu tahun itu, hanya beberapa kali sahaja Farhan menjengah ke rumah. Fokus Farhan hanya pada perjuangan. Namun Ainul Mardhiah seringkali juga dilanda perasaan resah, gelisah, cemburu dan buruk sangka. Sehebat manapun dia ditarbiyah, dia juga manusia biasa bernama seorang perempuan. Dia tidak sesempurna bidadari. Biarpun beberapa kali dia cuba untuk bersabar, tetapi masih terdapat rasa terkilan dalam dirinya.

Aku tahu diriku bukan pilihan pertama dalam hidupnya tetapi kenapa begitu sukar ku tepis rasa terkilan ini. Aku bukanlah sesempurna bidadari yang bernama Ainul Mardhiah yang tabah menunggu syahidnya seorang pemuda sebagai maharnya di pintu syurga. Semoga ALLAH memberi kekuatan buat diri yang lemah ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selama dua tahun melayari bahtera rumah tangga, Ainul Mardhiah dan Farhan dikurniakan sseorang mujahid kecil yang juga dinamakan Mujahid. Harapan Ainul Mardhiah dan Farhan, agar Mujahid mewarisi perjuangan ibu dan ayah.


Sehinggalah suatu ketika, Mujahid yang berusia 6 bulan jatuh sakit;

Ainul Mardhiah menghubungi Farhan yang sedang sibuk melaksanakan tugas pembaikan ummah

"Assalamualaikum abang, boleh abang balik segera, Mujahid jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital"

"Jika begitu, Ainul Mardhiah temankan dia dahulu, insyaALLAH esok abang akan pulang"

"Tetapi keadaan Mujahid sangat kritikal, Ainul tidak bisa mendepani peristiwa ini seorang diri"

"Ainul, bidadariku, bersabarlah, abang masih ada tugas yang lebih penting di sini"

"Abang selama ini memang tidak pernah pentingkan Ainul dan Mujahid, Ainul tidak tahu di mana kedudukan Ainul dalam hidup abang"

"Ainul bersabarlah, ini ujian buat kita"

"Ainul sudah tidak betah untuk menanti abang dalam waktu begini"

"Bukankah Ainul Mardhiah sudah berjanji sentiasa menjadi Ainul Mardhiah buat abang, dan menanti abang di pintu syurga?, masih ingatkah janji kita itu wahai bidadariku?"

"Ainul tidak sesempurna bidadari abang, Ainul juga punya perasaan sebagai seorang wanita. Ainul punya rasa untuk dikasihi, Ainul punya rasa untuk cemburu"

"Cinta abang kepada Ainul tidak pernah berubah, semuanya kerana ALLAH dan perjuangan, jika Ainul juga mencintai abang kerana ALLAH dan perjuangan, maka tunggulah abang sebagai Ainul Mardhiah di pintu syurga"

Telefon dimatikan. Ainul Mardhiah menangis semahunya. Dia merasakan dirinya tidak layak mendampingi insan bernama Farhan. Dia terlalu lemah. Dia tidak sehebat Siti Khadijah yang berkorban jiwa dan harta untuk menyokong perjuangan Rasulullah SAW, dia juga tidak punya iman sekental Asiah yang rela berkorban untuk agama dan yang paling utama dia tidak layaknya digelar Ainul Mardhiah kerana tidak sabar dalam penantian. Dia tidak sesempurna bidadari.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia menanti lagi. Farhan berjanji untuk pulang hari ini. Dia ingin melayan Farhan dengan sebaiknya. Dia mungkin tidak sesempurna Ainul Mardhiah bidadari di syurga, tetapi dia mengakui kesilapannya dan ingin membetulkan segala kesalahannya terhadap Farhan.

Namun dia diburu kehairanan, sehingga waktu begini Farhan belum juga pulang. Adakah Farhan sudah melupakan segala janjinya? Dia tidak akan penat menunggu, dia akan sentiasa menanti Farhan.

Cumanya, dia berasa tempat itu seolah asing baginya, mata mata ganjil memandangnya. Mungkin itu igauan buatnya. Yang penting, dia setia menanti Farhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Liza, seorang pelajar jurusan psikologi baru sahaja ditugaskan untuk membuat kajian di tempat itu. Bagi dirinya, tempat itu kelihatan biasa sahaja cuma penghuninya sedikit istimewa. Namun, dalam semua penghuni di situ, terdapat seorang yang amat menarik perhatiannya. Penghuni berwajah jelita, malah menutup aurat dan menjaga solat lima waktu. Namun, dia tidak memperdulikan persekitarannya dan hanya hidup dalam dunianya sendiri.

Liza terdetik untuk bertanya kepada jururawat di situ

"Kak, boleh saya tahu lebih lanjut berkenaaan penghuni wanita yang sering bersendirian di situ" sambil jarinya menuding ke arah buaian yang berhampiran pagar.

"Apa yang adik ingin tahu tentang dia?"

"Saya rasa dia sangat istimewa, dia seolah olah waras kerana masih mengamalkan ajaran ISLAM tetapi dia hidup dalam dunianya sendiri"

"Dia memang istimewa adik. Dialah bernama Ainul Mardhiah, sudah hampir empat tahun dia menghuni Hospital Sakit Jiwa ini tetapi selama kakak menjaga dia, dia tak banyak karenah malah sangat memenuhi tuntutan agama malahan melebihi akak sendiri"

"Saya kurang faham kak, bukankah semua penghuni di sini mengalami masalah mental, mengapa dia masih boleh mengamalkan ajaran agama?"

"Percayalah pada kuasa ALLAH dik, ALLAH penentu segalanya. Jangan diingat mereka yang gila itu hina sedangkan mereka adalah ahli syurga dan sangat istimewa di sisi ALLAH. Kisah Ainul Mardhiah sangat istimewa. Dia seorang wanita solehah yang sangat menjaga peribadinya, ditakdirkan pula dia bernikah dengan seorang pemuda soleh yang juga seorang yang sangat mencintai agama. Malah mereka dikurniakan seorang mujahid kecil. Namun, takdir ALLAH mengatasi segalanya, Ainul Mardhiah diuji begitu hebat tatkala dia menghadapi dua kehilangan sekali gus. Mujahid kecilnya meninggal dunia kerana menghidap penyakit kronik dan suaminya pula terlibat dalam kemalangan ketika hendak menyertai program dakwah di sebuah kampung yang terpencil. Sejak itu, Ainul Mardhiah seolah olah tidak mengenali orang lain. Apabila ditanya, dia hanya mengatakan bahawa dirinya tidak sesempurna bidadari. Malah saban waktu, dia seolah olah menanti seseorang di buaian itu. Tetapi yang paling mengkagumkan, dalam keadaan dia begitu, hilang kewarasan, tetapi dia masih mampu menjaga aurat dan solatnya. Begitulah ALLAH menjaga bidadariNYA. Malah, sudah banyak kali insan insan lain yang melihat keadaan Ainul Mardhiah, berubah kerana tersentuh dengan kebesaran ALLAH.

"SubhanALLAH, tersentuh saya kak, dia masih boleh menyampaikan dakwah biarpun dalam keadaan yang tidak waras"

"Kakak yakin, Ainul Mardhiah berada dalam penantian. Menanti untuk bertemu Mujahid kecil dan suaminya yang tercinta di syurga nanti. Bukankah tugas seorang yang bernama Ainul Mardhiah itu sememangnya menanti?"

"SubhanALLAH, menitis air mata saya kak, semoga penantian Ainul Mardhiah akan terubat dengan kasih sayang ALLAH"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sepertiga malam yang hening, di kala sujudnya seorang hamba kepada Maha Kuasa, terdengar rintihannya..

Ya ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari...

Maka ampunkanlah segala kekhilafan diri ini

Ya ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari..

Maka kasihanilah hamba ini dengan sepenuh kasih sayangMu, hanya padaMU pengharapan hamba

Ya ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari....

Tiada daya hamba untuk menolak segala ketentuan MU...

Ya ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari...

Maka lindungilah hamba ini dari segala rasa putus asa terhadap rahmatMu

Ya ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari....

pertemukanlah diriku dengan Mu dan dengan izin mu jua, pertemukanlah diri ini bersama suami dan anakku, setelah penantian yang terlalu berharga ini

Ya ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari....

Maka, kembalikan diri ini kepadaMU, hanya ENGKAU yang Maha Sempurna...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pagi bulan Ramadhan, kebiasaanya para jururawat Hospital Mesra itu akan membangunkan para pesakit yang beragama ISLAM untuk bersahur bersama. Jururawat yang bertugas menghampiri katil Ainul Mardhiah. Dilihatnya Ainul Mardhiah sedang bersujud, segan rasanya untuk mengganggu ketika itu. Dia memberikan masa kepada Ainul Mardhiah.

Azan subuh berkumandang, Ainul Mardhiah masih jua tidak kelihatan. Jururawat yang bertugas sangat terkejut. Selalunya Ainul Mardhiah sangat menepati waktu solat. Maka, dia segera bergegas ke kamal Ainul Mardhiah.

Dilihatnya Ainul Mardhiah masih bersujud, mustahil Ainul Mardhiah bersujud terlalu lama. Ketika dia menggerakkan Ainul Mardhiah, tiada sebarang respon dan akhirnya tubuh yang bersujud itu rebah. Jururawat itu terkejut dan dia segera memeriksa nadi Ainul Mardhiah serta memanggil rakan setugasnya yang lain.

"Innalillahiwainnalillahirajiun, penantian Ainul Mardhiah sudah berakhir", jururawat tersebut berkata dengan sedu sedan.


Penantian Ainul Mardhiah sudah berakhir......