http://headers.blogdesignsbydani.com/JustSoScrappy/Spring Stitches Header.jpg

Thursday 27 March 2014

Kekayaan paling hakiki adalah kekayaan hati




Ketahuilah bahawa kekayan hakiki adalah kekayaan hati iaitu selalu merasa cukup akan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Kekayaan (yg hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yg hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” 
(HR Bukhari-Muslim)


Dalam kata lain sifat ini juga disebut sebagai sifat Qana'ah. Menurut bahasa sifat ini bermaksud merasa cukup. Menurut istilah pula ialah sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT . 



Menurut Hamka, mengenai sifat Qana'ah

1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.

menerima akan segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah akan menimbulkan ketenangan dalam hati.
hal ini kerana, tidak timbul sifat mazmumah seperti dengki terhadap nikmat orang lain.Dengan adanya sifat ini kita tidak akan mengeluh atau menyesal akan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


2. Memohon kepada Allah tambahan yang patut, dan mempertingkatkan usaha.

Sifat ini akan mendorong manusia agar sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah, agar segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil. Sifat ini juga akan membina kebergantungan seseorang hambanya itu terhadap Allah SWT.

Dalam surah Ghafir ayat 60 Allah SWT berfirman

 

Yang bermaksud,

40:60

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

3. Mewujudkan kehidupan sederhana

Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa bersederhana dalam apa jua perkara yang dilakukan. Sifat mahmudah ini akan sentiasa memandu peribadi manusia agar sentiasa bersyukur akan nikmat yang diperolehi. Sifat Qana'ah akan menghindari gaya hidup bermewah-mewah dan berlebih-lebihan, terutamanya dalam perbelanjaan.


4.Menimbulkan kesedaran bahawa setiap rezeki itu anugerah Allah SWT.


Sifat qana'ah akan menumbuhkan sikap bertanggungjawab dalam membelanjakan harta. Insan yang memiliki sifat ini akan sentiasa redha akan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Hal ini kerana sifat ini akan sentiasa mendorong insan untuk sentiasa bersangka baik terhadap pemberian Allah, yang sememangnya tahu apa yang terbaik untuk kita.


Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam untuk memiliki sifat Qana'ah agar kehidupan kita di Dunia dan Akhirat dirahmati oleh Allah SWT.


Sumber: Buku Huraian Hadis-hadis Ahkam.

No comments:

Post a Comment