Pemimipin merupakan
orang yang menjadi ketua dalam satu organisasi, tidak kiralah dalam sebuah
masyarakat atau dalam sebuah syarikat. Rasulullah SAW merupakan contoh pemimpin
yang terunggul sepanjang zaman. Sebelum wafat, Baginda ada memberi beberapa
garis panduan kepada umatnya dalam soal memilih pemimpin agar hak menentukan
pemerintah dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Antaranya;
i.
Memilih pemimpin yang
berilmu dan berkelayakan
Ilmu adalah syarat utama untuk menjadi pemimpin. Firman Allah SWT dalam
Surah Al Baqarah,ayat 247 :
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ
مَلِكاً قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ
الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ
بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ
بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah
telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana
dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa
pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka
berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu,
dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan
kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan
kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas
(rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
Their Prophet said unto them : Lo! Allah hath raised up Saul to be a
king for you . They said : How can he have kingdom over us when we are more
deserving of the kingdom than he is , since he hath not been given wealth
enough? He said : Lo! Allah hath chosen him above you , and hath increased him
abundantly in wisdom and stature . Allah bestoweth His sovereignty on whom He
will . Allah is All Embracing , All Knowing .
Dalam Hadis pula, Baginda
mengingatkan tentang kebinasaan akibat menyerahkan kepimpinan kepada orang yang
tidak layak. Melantik orang yang tidak layak sabda Baginda yang bermaksud,
“ Maka apabila
disia-siakan amanah, nantikanlah kiamat.” Orang bertanya: Bagaimana
mensia-siakan amanah itu?” Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan
(kepimpinan) kepada yang bukan layak ahlinya (bukan pakar, tidak layak), maka
nantikanlah kiamat (atau kebinasaan).” (Riwayat Bukhari).
ii Jangan melantik orang yang berminat
dengan jawatan
Sebenarnya, orang yang berminat dan meminta jawatan tidak menyedari akan
amanah yang bakal dipikul itu berat. Dia akan tertipu dengan kebolehan dirinya
sendiri. Penyesalan yang besar di akhirat kelak sekiranya gagal mengurus hal
ehwal rakyat. Sabda Rasulullah SAW:
لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا
“Janganlah kamu meminta
jawatan kepimpinan (dalam politik). Apabila jawatan tersebut diberikan kepada
kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan
bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan
kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
20/302, no. 6132
Sabda Baginda
lagi,
والحكمة في أنه لا يولى من سأل الولاية أنه يوكل إليها ولا تكون معه إعانة
كما صرح به في حديث عبد الرحمن بن سمرة السابق وإذا لم تكن معه إعانة لم يكن كفئا
ولا يولى غير الكفء ولأن فيه تهمة للطالب والحريص
Imam an-Nawawi
menyatakan, “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari
mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada
yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan
‘Abdurrahman B. Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya,
bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang
yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang
memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih
Muslim, 12/207)
iii
Jangan melantik orang berdasarkan kepentingan dan habuan dunia
Sebelum memilih pemimpin, rakyat khususnya
hendaklah menunaikan amanah memilih pemimpin dengan jujur demi kepentingan
agama dan masyarakat. Oleh kerana kepimpinan sering dijadikan peluang untuk
mendapatkan kekuasaan dan kekayaan, terdapat sebilangan yang menjadikan rasuah
untuk meraih sokongan. Jesteru, Rasulullah SAW telah memberi peringatan agar
hak menentukan pemimpin itu ditunaikan dengan penuh kejujuran dan rasa amanah
kepada Allah. Sabda Baginda yang bermaksud,
“ Ada tiga golongan yang Allah tidak menyucikan mereka pada hari kiamat
dan mereka akan mendapat azab yang pedih. Orang yan memiliki kelebihan air di
jalan, tetapi dia menghalang orang musafir yang menggunakannya. Orang yang
membaiah pemimpin. Dia tidak membaiah melainkan untuk tujuan dunianya. Jika
tidak, dia tidak mahu membaiahnya. Dan orang yang melakukan akad jual beli
selepas waktu asar, lalu bersumpah dengan nama Allah bahawa dia pernah membeli
dengan harga sekian-sekian. Lalu penjual memperakukannya dan si pembeli
memperolahinya dengan harga itu. Sedangkan, sebenarnya dia tidak pernah
mendapatkan harga itu.” (Riwayat Bukhari)
Kesimpulannya, pemilihan seorang pemimpin bukanlah
perkara yang remeh. Rakyat atau orang bawahan yang bakal menjadi pimpinan
seorang ketua mestilah melaksanakan amanah dengan bijak memilih pemimpin
mereka, mengikut panduan yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.
Sumber: Buku Huraian Hadis-Hadis Ahkam
Sumber: Buku Huraian Hadis-Hadis Ahkam