http://headers.blogdesignsbydani.com/JustSoScrappy/Spring Stitches Header.jpg

Wednesday 2 April 2014

Etika memilih Pemimpin



Pemimipin merupakan orang yang menjadi ketua dalam satu organisasi, tidak kiralah dalam sebuah masyarakat atau dalam sebuah syarikat. Rasulullah SAW merupakan contoh pemimpin yang terunggul sepanjang zaman. Sebelum wafat, Baginda ada memberi beberapa garis panduan kepada umatnya dalam soal memilih pemimpin agar hak menentukan pemerintah dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Antaranya;

i.                   Memilih pemimpin yang berilmu dan berkelayakan

Ilmu adalah syarat utama untuk menjadi pemimpin. Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah,ayat 247 :

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكاً قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ
 الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Their Prophet said unto them : Lo! Allah hath raised up Saul to be a king for you . They said : How can he have kingdom over us when we are more deserving of the kingdom than he is , since he hath not been given wealth enough? He said : Lo! Allah hath chosen him above you , and hath increased him abundantly in wisdom and stature . Allah bestoweth His sovereignty on whom He will . Allah is All Embracing , All Knowing .

Dalam Hadis pula, Baginda mengingatkan tentang kebinasaan akibat menyerahkan kepimpinan kepada orang yang tidak layak. Melantik orang yang tidak layak sabda Baginda yang bermaksud,

“ Maka apabila disia-siakan amanah, nantikanlah kiamat.” Orang bertanya: Bagaimana mensia-siakan amanah itu?” Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan (kepimpinan) kepada yang bukan layak ahlinya (bukan pakar, tidak layak), maka nantikanlah kiamat (atau kebinasaan).” (Riwayat Bukhari).


ii          Jangan melantik orang yang berminat dengan jawatan

Sebenarnya, orang yang berminat dan meminta jawatan tidak menyedari akan amanah yang bakal dipikul itu berat. Dia akan tertipu dengan kebolehan dirinya sendiri. Penyesalan yang besar di akhirat kelak sekiranya gagal mengurus hal ehwal rakyat. Sabda Rasulullah SAW:
 
لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

“Janganlah kamu meminta jawatan kepimpinan (dalam politik). Apabila jawatan tersebut diberikan kepada kamu disebabkan kamu memintanya, maka jawatan tersebut akan menjadi bebanan bagi kamu. Tetapi sekiranya jawatan tersebut diberikan bukan kerana permintaan kamu, maka kamu akan dibantu dalam menguruskannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/302, no. 6132

 Sabda Baginda lagi,

والحكمة في أنه لا يولى من سأل الولاية أنه يوكل إليها ولا تكون معه إعانة كما صرح به في حديث عبد الرحمن بن سمرة السابق وإذا لم تكن معه إعانة لم يكن كفئا ولا يولى غير الكفء ولأن فيه تهمة للطالب والحريص

Imam an-Nawawi menyatakan, “Di antara hikmah supaya tidak dilantik para pemimpin itu dari mereka yang memintanya adalah kerana dia akan menanggung beban dan tidak ada yang membantunya sebagaimana dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan ‘Abdurrahman B. Samurah tadi. Apabila tiada orang yang membantu bersamanya, bermakna jawatan tersebut akan menjadi beban. Juga tidak boleh melantik orang yang tidak layak kerana akan menimbulkan dakwaan (kebencian) bagi yang memintanya dan orang-orang yang berusaha mendapatkannya.” (Syarah Shahih Muslim, 12/207)


iii Jangan melantik orang berdasarkan kepentingan dan habuan dunia

Sebelum memilih pemimpin, rakyat khususnya hendaklah menunaikan amanah memilih pemimpin dengan jujur demi kepentingan agama dan masyarakat. Oleh kerana kepimpinan sering dijadikan peluang untuk mendapatkan kekuasaan dan kekayaan, terdapat sebilangan yang menjadikan rasuah untuk meraih sokongan. Jesteru, Rasulullah SAW telah memberi peringatan agar hak menentukan pemimpin itu ditunaikan dengan penuh kejujuran dan rasa amanah kepada Allah. Sabda Baginda yang bermaksud,

“ Ada tiga golongan yang Allah tidak menyucikan mereka pada hari kiamat dan mereka akan mendapat azab yang pedih. Orang yan memiliki kelebihan air di jalan, tetapi dia menghalang orang musafir yang menggunakannya. Orang yang membaiah pemimpin. Dia tidak membaiah melainkan untuk tujuan dunianya. Jika tidak, dia tidak mahu membaiahnya. Dan orang yang melakukan akad jual beli selepas waktu asar, lalu bersumpah dengan nama Allah bahawa dia pernah membeli dengan harga sekian-sekian. Lalu penjual memperakukannya dan si pembeli memperolahinya dengan harga itu. Sedangkan, sebenarnya dia tidak pernah mendapatkan harga itu.” (Riwayat Bukhari)



Kesimpulannya, pemilihan seorang pemimpin bukanlah perkara yang remeh. Rakyat atau orang bawahan yang bakal menjadi pimpinan seorang ketua mestilah melaksanakan amanah dengan bijak memilih pemimpin mereka, mengikut panduan yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW.

Sumber: Buku Huraian Hadis-Hadis Ahkam

No comments:

Post a Comment