Aku tidak sesempurna bidadari
Ainul
Mardhiah mengerling jam berwarna merah jambu di tangannya. Entah berapa kali
dia mundar mandir di situ. Penantiannya seolah olah tidak berkesudahan. Namun,
atas rasa rindu dan harapan yang tidak pernah putus, dia menanti di situ.
"Bukankah
dia sudah berjanji untuk kembali ke rumah pada hari ini? Tetapi mengapa dia
yang dinanti masih tidak muncul?"
Ainul
Mardhiah mengerling ke luar tingkap. Kegelapan malam mula memenuhi ruang.
Hatinya mula disimbahi rasa pilu. Adakah penantiannya pada tika itu juga masih
sia sia?? Ya ALLAH, hanya padaMU hambaMu ini berserah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Aku
terima nikahnya, Ainul Mardhiah binti Osman, dengan mas kahwinnya RM45
tunai"
Alhamdulillah,
lafaz sakinah antara Ainul Mardiah dan Farhan terjalin atas dasar membina
baitul muslim dakwah. Sesungguhnya mereka berdua berjanji bahawa penyatuan
cinta mereka hanyalah kerana ALLAH dan segalanya juga kembali kepada ALLAH.
"Ainul
Mardhiah, adakah enti sudi menjadi Ainul Mardhiah abang juga di syurga
nanti?"
"Setelah
lafaz sakinah yang ALLAH izinkan untuk kita berdua, maka dengan rela hati diri
ana yang kerdil ini sedia menjadi bidadari mu untuk dunia dan akhirat"
"Adakah
Ainul Mardhiah sudi menantiku di syurga?"
"Sudah
tentu sekali wahai suamiku yang ku cintai, bukankah asal kisahnya bidadari yang
bernama Ainul Mardhiah itu menanti mahar syahidnya suaminya untuk bersatu di
syurga nanti"
"Jika
begitu, Ainul Mardhiah harus bersabar ke atasku"
"Bersabar?"
"Ainul
Mardhiah harus bersabar menantiku, kita akan disatukan di syurga, itulah tempat
penyatuan kita"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ainul
Mardhiah menghantar pesanan ringkas kepada suaminya Farhan. Rasanya sudah beberapa
hari dia dan Farhan tidak bertemu. Farhan terlalu sibuk dengan urusan dakwah
dan tarbiyahnya. Perasaan rindu menyelubungi hati dan sanubari Ainul Mardhiah.
1
pesanan baru
Asif, bidadari ku yang bernama Ainul Mardhiah,
rasanya kanda tidak akan pulang ke rumah untuk beberapa hari lagi, kanda masih
ada urusan yang perlu diselesaikan. Umat ini terlalu merindukan pembaikan.
Semoga berjumpa di syurgaNYA.
Menitis
air mata Ainul Mardhiah membaca pesanan tersebut. Mengapa dia tidak pernah ada
masa untukku? Adakah aku tidak begitu penting dalam hidupnya? Di tahap manakah
kedudukan ku dalam dirinya?
Sepanjang
usia perkahwinan mereka yang mencecah satu tahun itu, hanya beberapa kali
sahaja Farhan menjengah ke rumah. Fokus Farhan hanya pada perjuangan. Namun
Ainul Mardhiah seringkali juga dilanda perasaan resah, gelisah, cemburu dan
buruk sangka. Sehebat manapun dia ditarbiyah, dia juga manusia biasa bernama
seorang perempuan. Dia tidak sesempurna bidadari. Biarpun beberapa kali dia
cuba untuk bersabar, tetapi masih terdapat rasa terkilan dalam dirinya.
Aku
tahu diriku bukan pilihan pertama dalam hidupnya tetapi kenapa begitu sukar ku
tepis rasa terkilan ini. Aku bukanlah sesempurna bidadari yang bernama Ainul
Mardhiah yang tabah menunggu syahidnya seorang pemuda sebagai maharnya di pintu
syurga. Semoga ALLAH memberi kekuatan buat diri yang lemah ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selama
dua tahun melayari bahtera rumah tangga, Ainul Mardhiah dan Farhan dikurniakan
sseorang mujahid kecil yang juga dinamakan Mujahid. Harapan Ainul Mardhiah dan
Farhan, agar Mujahid mewarisi perjuangan ibu dan ayah.
Sehinggalah
suatu ketika, Mujahid yang berusia 6 bulan jatuh sakit;
Ainul
Mardhiah menghubungi Farhan yang sedang sibuk melaksanakan tugas pembaikan
ummah
"Assalamualaikum
abang, boleh abang balik segera, Mujahid jatuh sakit dan dimasukkan ke
hospital"
"Jika
begitu, Ainul Mardhiah temankan dia dahulu, insyaALLAH esok abang akan
pulang"
"Tetapi
keadaan Mujahid sangat kritikal, Ainul tidak bisa mendepani peristiwa ini
seorang diri"
"Ainul,
bidadariku, bersabarlah, abang masih ada tugas yang lebih penting di sini"
"Abang
selama ini memang tidak pernah pentingkan Ainul dan Mujahid, Ainul tidak tahu
di mana kedudukan Ainul dalam hidup abang"
"Ainul
bersabarlah, ini ujian buat kita"
"Ainul
sudah tidak betah untuk menanti abang dalam waktu begini"
"Bukankah
Ainul Mardhiah sudah berjanji sentiasa menjadi Ainul Mardhiah buat abang, dan
menanti abang di pintu syurga?, masih ingatkah janji kita itu wahai
bidadariku?"
"Ainul
tidak sesempurna bidadari abang, Ainul juga punya perasaan sebagai seorang
wanita. Ainul punya rasa untuk dikasihi, Ainul punya rasa untuk cemburu"
"Cinta
abang kepada Ainul tidak pernah berubah, semuanya kerana ALLAH dan perjuangan,
jika Ainul juga mencintai abang kerana ALLAH dan perjuangan, maka tunggulah
abang sebagai Ainul Mardhiah di pintu syurga"
Telefon
dimatikan. Ainul Mardhiah menangis semahunya. Dia merasakan dirinya tidak layak
mendampingi insan bernama Farhan. Dia terlalu lemah. Dia tidak sehebat Siti
Khadijah yang berkorban jiwa dan harta untuk menyokong perjuangan Rasulullah
SAW, dia juga tidak punya iman sekental Asiah yang rela berkorban untuk agama
dan yang paling utama dia tidak layaknya digelar Ainul Mardhiah kerana tidak
sabar dalam penantian. Dia tidak sesempurna bidadari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia
menanti lagi. Farhan berjanji untuk pulang hari ini. Dia ingin melayan Farhan
dengan sebaiknya. Dia mungkin tidak sesempurna Ainul Mardhiah bidadari di
syurga, tetapi dia mengakui kesilapannya dan ingin membetulkan segala
kesalahannya terhadap Farhan.
Namun
dia diburu kehairanan, sehingga waktu begini Farhan belum juga pulang. Adakah
Farhan sudah melupakan segala janjinya? Dia tidak akan penat menunggu, dia akan
sentiasa menanti Farhan.
Cumanya,
dia berasa tempat itu seolah asing baginya, mata mata ganjil memandangnya.
Mungkin itu igauan buatnya. Yang penting, dia setia menanti Farhan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Liza,
seorang pelajar jurusan psikologi baru sahaja ditugaskan untuk membuat kajian
di tempat itu. Bagi dirinya, tempat itu kelihatan biasa sahaja cuma penghuninya
sedikit istimewa. Namun, dalam semua penghuni di situ, terdapat seorang yang
amat menarik perhatiannya. Penghuni berwajah jelita, malah menutup aurat dan
menjaga solat lima waktu. Namun, dia tidak memperdulikan persekitarannya dan
hanya hidup dalam dunianya sendiri.
Liza
terdetik untuk bertanya kepada jururawat di situ
"Kak,
boleh saya tahu lebih lanjut berkenaaan penghuni wanita yang sering
bersendirian di situ" sambil jarinya menuding ke arah buaian yang
berhampiran pagar.
"Apa
yang adik ingin tahu tentang dia?"
"Saya
rasa dia sangat istimewa, dia seolah olah waras kerana masih mengamalkan ajaran
ISLAM tetapi dia hidup dalam dunianya sendiri"
"Dia
memang istimewa adik. Dialah bernama Ainul Mardhiah, sudah hampir empat tahun
dia menghuni Hospital Sakit Jiwa ini tetapi selama kakak menjaga dia, dia tak
banyak karenah malah sangat memenuhi tuntutan agama malahan melebihi akak
sendiri"
"Saya
kurang faham kak, bukankah semua penghuni di sini mengalami masalah mental,
mengapa dia masih boleh mengamalkan ajaran agama?"
"Percayalah
pada kuasa ALLAH dik, ALLAH penentu segalanya. Jangan diingat mereka yang gila
itu hina sedangkan mereka adalah ahli syurga dan sangat istimewa di sisi ALLAH.
Kisah Ainul Mardhiah sangat istimewa. Dia seorang wanita solehah yang sangat
menjaga peribadinya, ditakdirkan pula dia bernikah dengan seorang pemuda soleh
yang juga seorang yang sangat mencintai agama. Malah mereka dikurniakan seorang
mujahid kecil. Namun, takdir ALLAH mengatasi segalanya, Ainul Mardhiah diuji
begitu hebat tatkala dia menghadapi dua kehilangan sekali gus. Mujahid kecilnya
meninggal dunia kerana menghidap penyakit kronik dan suaminya pula terlibat
dalam kemalangan ketika hendak menyertai program dakwah di sebuah kampung yang
terpencil. Sejak itu, Ainul Mardhiah seolah olah tidak mengenali orang lain.
Apabila ditanya, dia hanya mengatakan bahawa dirinya tidak sesempurna bidadari.
Malah saban waktu, dia seolah olah menanti seseorang di buaian itu. Tetapi yang
paling mengkagumkan, dalam keadaan dia begitu, hilang kewarasan, tetapi dia
masih mampu menjaga aurat dan solatnya. Begitulah ALLAH menjaga bidadariNYA.
Malah, sudah banyak kali insan insan lain yang melihat keadaan Ainul Mardhiah,
berubah kerana tersentuh dengan kebesaran ALLAH.
"SubhanALLAH,
tersentuh saya kak, dia masih boleh menyampaikan dakwah biarpun dalam keadaan
yang tidak waras"
"Kakak
yakin, Ainul Mardhiah berada dalam penantian. Menanti untuk bertemu Mujahid
kecil dan suaminya yang tercinta di syurga nanti. Bukankah tugas seorang yang
bernama Ainul Mardhiah itu sememangnya menanti?"
"SubhanALLAH,
menitis air mata saya kak, semoga penantian Ainul Mardhiah akan terubat dengan
kasih sayang ALLAH"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sepertiga
malam yang hening, di kala sujudnya seorang hamba kepada Maha Kuasa, terdengar
rintihannya..
Ya
ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari...
Maka
ampunkanlah segala kekhilafan diri ini
Ya
ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari..
Maka
kasihanilah hamba ini dengan sepenuh kasih sayangMu, hanya padaMU pengharapan
hamba
Ya
ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari....
Tiada
daya hamba untuk menolak segala ketentuan MU...
Ya
ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari...
Maka
lindungilah hamba ini dari segala rasa putus asa terhadap rahmatMu
Ya
ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari....
pertemukanlah
diriku dengan Mu dan dengan izin mu jua, pertemukanlah diri ini bersama suami
dan anakku, setelah penantian yang terlalu berharga ini
Ya
ALLAH, diri ini tidak sesempurna bidadari....
Maka, kembalikan diri ini kepadaMU, hanya ENGKAU
yang Maha Sempurna...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada
pagi bulan Ramadhan, kebiasaanya para jururawat Hospital Mesra itu akan
membangunkan para pesakit yang beragama ISLAM untuk bersahur bersama. Jururawat
yang bertugas menghampiri katil Ainul Mardhiah. Dilihatnya Ainul Mardhiah
sedang bersujud, segan rasanya untuk mengganggu ketika itu. Dia memberikan masa
kepada Ainul Mardhiah.
Azan
subuh berkumandang, Ainul Mardhiah masih jua tidak kelihatan. Jururawat yang
bertugas sangat terkejut. Selalunya Ainul Mardhiah sangat menepati waktu solat.
Maka, dia segera bergegas ke kamal Ainul Mardhiah.
Dilihatnya
Ainul Mardhiah masih bersujud, mustahil Ainul Mardhiah bersujud terlalu lama.
Ketika dia menggerakkan Ainul Mardhiah, tiada sebarang respon dan akhirnya
tubuh yang bersujud itu rebah. Jururawat itu terkejut dan dia segera memeriksa
nadi Ainul Mardhiah serta memanggil rakan setugasnya yang lain.
"Innalillahiwainnalillahirajiun,
penantian Ainul Mardhiah sudah berakhir", jururawat tersebut berkata dengan
sedu sedan.
Penantian Ainul Mardhiah sudah
berakhir......
Aku tidak sesempurna bidadari
sama2 berhijrah ...
ReplyDeleteTeruskan usaha ^_^
ReplyDeleteiya.. ^_^ tq bgi skongn..
Delete